[palsu] gambar VIRAL 'Maut Ketika Caj Telefon' TIDAK BENAR

CELAH GELEGAR
[PALSU] Gambar VIRAL 'Maut Ketika Caj Telefon' TIDAK BENAR

Gambar ini diviralkan didalam group facebook dan aplikasi whatapps dan tiada sumber rujukkan sehingga mendatangkan rasa tidak senang dikalangan para pengguna telefon pintar. Dalam sebaran itu juga disertakan bersama satu "voice note" yang berlatar suara seorang lelaki (berbahasa melayu) menegaskan bahawa gambar itu adalah mangsa letupan telefon ketika sedang dicaj.

Hakikatnya, gambar itu adalah mangsa letupan bom (bamboo bom) yang dimuatnaik mengikut sumber 1984tribute.com. yang bertulis

"Three dead, hundreds injured.
The Panjab police has used bamboo charges, water cannon and live ammunition against peacefully protesting Sikhs in Moga, Panjab."

SUMBER: http://daengselili.blogspot.my/

Isteri buat luahan hati, Dedah Sikap Sebenar Ajak Shiro

Kaki Berita Online
Isteri Buat Luahan Hati, Dedah Sikap Sebenar Ajak Shiro
Isteri kepada pelawak terkenal Ajak Shiro, Afifah telah membuat luahan hati tentang sikap sebenar suaminya ketika menghabiskan waktu bersama keluarga.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Afifah melalui akaun instagramnya pada Selasa dengan memuat naik sekeping foto menunjukkan Ajak sedang menjamu selera sambil memangku dan menyusukan anak bongsunya, Nada Soffea.



Foto tersebut disertakan dengan coretan menyentuh hati:

“Nie citer semalam, susah nak tengok 2 tangan itu kosong tanpa anak disisi.

“Sebelum nie semua orang tanya,apa yang paling sweet baba buat.tapi selalu xde jawapan sebab xtahu apa yang sweet tentang baba.setelah diamati dan diteliti,ku sedar segala tentang baba adalah sweet.

“Kalau baba ada di rumah semua urusan anak dia nak buat..mandikan, bagi susu,pakaikan baju,tidurkan dan semua berkaitan rumahtangga.pendek kata,baba tapaw semua kerja2 ibu di rumah..Bila dia duduk berehat pun dia akan panggil semua untuk peluk dia sambil menonton televisyen,so ibu akan tutup api masak,berhenti basuh pinggan dan lain2 untuk join baba.

“Bila orang tanya,baba romantik sama macam cerita Isteriku Bukan Tukang Masak tak?jawapannya..baba lebih daripada itu.

“Romantiknya bukan pada kata2 sangat tetapi sentuhan kasih sayang yang melimpah-ruah...terima kasih Allah kerana ciptakan ku dari rusuk kiri insan penyayang ini.” tulisnya.

Penulisan Afifah itu jelas menunjukkan betapa dalamnya cinta Ajak terhadap dirinya dan jugak anak-anak mereka.

Malah, Afifah juga menyatakan perasaan syukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab.

Sementara itu, ruangan komen foto tersebut dipenuhi dengan ucapan-ucapan sweet peminat Ajak yang mendoakan kebahagiaanya mereka sekeluarga.

Teks Oleh: Mya Amri

Al-Fatihah! budak OKU, Muhammad Firdaus Dullah meninggal dunia Tengahhari Tadi

Kaki Berita Online
Al-Fatihah! Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah Meninggal Dunia Tengahhari Tadi


SEREMBAN: Remaja orang kurang upaya (OKU) adik Muhammad Firdaus Dullah, 16, yang pernah menjadi bualan hangat sebelum ini disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.

Memetik laporan BH Online, adik Firdaus meninggal dunia selepas diserang sawan.

Difahamkan, Firdaus sebelum itu telah pengsan di Rumah Kebajikan Sinar Harapan sebelum ambulans sampai dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Adik Firdaus sebelum ini menggemparkan masyarakat selepas ditemui terkurung oleh pihak imigresen seorang diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan kurus kering dan terbiar di Taman Semarak, Nilai, tahun lalu.

Dalam kes itu, ibu Muhammad Firdaus, Lolanopita Sadi, 41, telah dijatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban kerana mengabai dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan.

Muhammad Firdaus kemudian ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban. - Siakapkeli.my

Kredit foto: Bh Online

Jackie chan masuk Islam berita palsu

CELAH GELEGAR
Jackie Chan Masuk Islam berita Palsu

Semalam menjadi viral dilaman sosial sekeping gambar menunjukkan pelakon terkenal China, Jackie Chan dikatakan konon telah memeluk Islam.

Gambar berkenaan telah dimuatnaik oleh seorang gadis di laman Facebooknya dengan kapsyen berbunyi,"Alhamdulillah/// jackie chan kini sdh mnjadi muslim dan bertukar nama kpd Abdullah chan. Allahuakbar///

Gambar: ketika pulang mengerjakan haji. 

Sumber: BBCWorld


Gambar berkenaan telah mendapat perhatian ramai pengguna facebook di mana sehingga kini jumlah perkongsiannya mencecah 17.5 ribu kali, 134 ribu sukaan dan 13 ribu komen.

Tahukah anda bahawa kapsyen berkenaan adalah palsu dan gambar yang dimuat naik berkenaan adalah gambar terbaru Jackie Chan yang sedang berada di Dubai untuk menjayakan filem terbarunya berjatuk "Kung Fu Yoga" dan bukannya gambar beliau baru balik menunaikan haji seperti didakwa gadis berkenaan.

Apa yang menarik perhatian, gadis berkenaan siap meletakkan rujukan BBC World dan berdasarkan carian kami tidak menjumpai berita mengenai apa yang disebarkannya itu di dalam web berita antarabangsa berkenaan.


Memetik laporan Gulfnews, gambar yang menunjukkan Jackie memakai pakaian tradisional UAE, kandura itu telah menjadi viral di sana kerana keterujaan rakayat UAE melihat penampilan pelakon terkenal antarabangsa itu memakai pakaian tradisional mereka. -Siakapkeli.my

[7 GAMBAR] kemalangan maut di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat behrang-tanjung Malim

CELAH GELEGAR
[7 GAMBAR] Kemalangan Maut di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Behrang-Tanjung Malim


Kemalangan maut di Kilometer 399.6 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Behrang-Tanjung Malim, Perak.

Kemalangan pada jam 6.30 pagi tadi melibatkan lori kontena terbabas dan melanggar papan tanda sehingga tumbang dan menimpa sebuah kereta. Sila gunakan laluan alternatif untuk mengelak kesesakan. - Utusan

Maklumat terbaru menyatakan laluan sudah dibuka semua setelah halangan dialihkan.